Dropship Application

JOM JOIN DROPSHIP HAJARISTA HIJAB. FREE! FREE! FREE!

PROMOSI

  1. Dropship boleh membuat promosi (promote) tudung Hajarista Hijab di media sosial sendiri seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.
  2. Dilarang spam di media sosial Hajarista Hijab. Ini bermaksud dropship tidak dibenarkan untuk mempromosikan diri sendiri dan dilarang sama sekali untuk pm (personal message atau direct message) satu-satu customer yang komen di page Fb / Instagram  Hajarista Hijab.
  3. Dropship tidak boleh meletakkan nama media sosial anda menggunakan perkataan OFFICIAL atau HQ atau EMPIRE atau GROUP atau apa-apa nama yang menunjukkan satu organisasi besar kerana ia boleh mengelirukan pelanggan untuk mengenal pasti media sosial HQ. Walaubagaimanapun, tiada halangan untuk meletakkan nama media sosial anda seperti Hajarista Hijab Melaka atau Hajarista Hijab by Sya atau Tudung Hajarista Hijab dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Key in order customer anda di website www.hajaristahijab.com dengan lengkap.

 

BAHAN MARKETING

  1. Bahan marketing seperti gambar, video dan copywriting diberikan di dalam CHANNEL TELEGRAM:  
    HAJARISTA HIJAB HQ
     
  2. Kepada yang tiada telegram, wajib install dahulu untuk “JOIN” ke dalam group tersebut.

 

FLOW UNTUK DROPSHIP

STEP 1: Dropship promote tudung kepada pelanggan.

STEP 2: Pelanggan bersetuju untuk membeli tudung dan membuat bayaran ke dalam akaun bank dropship.

STEP 3: Untuk pengurusan “key in order” pelanggan, dropship perlu pergi ke website www.hajaristahijab.com dan log in as a dropship. Klik dan “add-to-cart” tudung yang pelanggan anda telah order, seterusnya membuat pembayaran terus di website menggunakan “online banking”. Pastikan maklumat penghantaran barang diisi dengan betul dan lengkap.

STEP 4: Barang pelanggan akan di proses dan di pos dalam masa 1-2 hari bekerja. Tracking number akan diberikan di emel secara automatik.

 

PEMBAYARAN

  1. Transaksi pembayaran harus melalui nombor akaun bank ini:

MAYBANK – SITI HAJAR BINTI NORZENTAN: 512053507417

 

PENGEPOSAN BARANG PELANGGAN

  1. Pengeposan menggunakan perkhidmatan Ninja Van.
  2. Semua order akan diproses dan di pos dalam masa 1-2 hari bekerja.
  3. Tracking number akan diberikan automatik ke dalam emel dan boleh disemak di website Ninja Van selepas 24 jam.
  4. Kebiasaannya barang akan sampai dalam 1-5 hari bekerja bermula tarikh pengeposan dibuat.
  5. HQ tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan barang semasa dalam tempoh penghantaran oleh pihak Ninja Van kerana ia luar dari bidang kuasa tanggungjawab kami.

 

HARGA JUALAN

1. `Promote’ dengan menggunakan harga yang telah ditetapkan oleh HQ. Sebarang kekurangan atau lebihan pada harga jualan adalah salah.

2. Tiada potongan harga untuk pembelian diri sendiri kerana anda telah diberikan komisyen dengan mendapat harga dropship.

3. Semua harga tudung tidak termasuk harga pengeposan (postage)

 

KOMISYEN

1. Komisyen 1 helai tudung RM3.

2. Contohnya, 1 helai tudung RM19. Dropship hanya perlu membayar kepada HQ sebanyak RM16 sahaja. RM3 adalah keuntungan pihak dropship. 

 

SYARAT-SYARAT PENYINGKIRAN

1. Melakukan penipuan identiti atau pemalsuan maklumat diri.

2. Melakukan penipuan semasa menjual barang Hajarista Hijab.

3. Melakukan perkara yang boleh menjatuhkan nama baik Hajarista Hijab.

4. Menarik diri dari menjadi dropship Hajarista Hijab seperti left dari Channel Telegram Hajarista Hijab HQ.

5. Lain-lain perkara negatif.